Saturday, October 23, 2010

Jom ke Bali...

K.nor dah lama pegi bali, saya baru nak pergi...

ni ha....daging masak bali...berangan je pergi Bali. menu lunch hari nih, kalau k.nor dia buat ayam masak bali tapi saya buat daging masak bali...sesuka je tukar, tapi bahan memasak masih same...nak try buat pergi rumah k.nor secubit garam...

Friday, October 22, 2010

coklat cake...

petang jumaat..redup semacam je....

hari masak memasak sedunia....bior dah kenyang makan laksa penang, buat plak choc cake...rajin bebenor hari nih...choc cake untuk minum petang, buat besor gedabak sebijik cake nih...bagi2 sikit pada jiran tetangga nih...ho lah nak perabis berdua pengsan lah, kalau makan kek mesti makan sekali je lepas tu takboh dah....

kek ni tak letak topping pun dah besh, makan panas2...tapi gatai juge letak topping, letak juga choc rice...

nak buat choc cake ni sangat senang, bagi yang tak terbeli mixer..oven pun boleh buat...just kukus dan pakai hand mixer (sudip kayu) je....

Laksa Penang

hari jumaat...cuti...sonok, tapi sekejap je dah separuh hari...besok dah keje..huhu...

hari ni menu lunch laksa penang. ingat kan susah nak buat kuah laksa penang ni, tapi senang je lah..teringat masa study dolu2, my bff yang buat kuah laksa ni, sangat beshh..tak leh lupa laksa penang dia..kredit to zana besh laksa penang nko....

duk teringin lame bebenor dah nak try buat sendiri, so hari ni tercapai juga.....sementelah cuti so terus buat juga....sedappp...


Bahan bahan

8-10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
sedikit belacan
6 ekor ikan kembung
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
3 keping asam gelugor

Bahan Sampingan
timun
salad
limau nipis atau limau kasturi atau lemon
telur rebus
nenas
hirisan bawang besar
cili padi

Cara membuatnya

1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.

2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.

5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan.