Friday, July 30, 2010

Puding Gula Hangus.....

Puding gula hangus untuk minum petang tadi....resipi ambil dari k.nor secubit garam...mintak nak c & p ye k.nor...cerries dan strawberries buat hias aka buat makan.....

PUDING GULA HANGUS
Bahan-bahannya
5 biji telur gred A
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1/3 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus
air dlm 1 1/2 - 2 cawan
Cara membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Sediakan gula hangus dan tuang ke dalam acuan yang digunakan.
3. Masukkan semua bahan dalam jug pengisar dan kisar sebati.
4. Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam acuan yang telah sedia dengan gula hangus di dalamnya.
5. Tutup acuan dengan aluminium foil.
6. Kukus puding tadi selama 45 minit dengan api sederhana kuat.
7. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.

No comments: